“Pertanian adalah Perniagaan” merupakan slogan yang
cetusan idea oleh Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin yang
pada suatu ketika dahulu memegang portfolio sebagai Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani. Tujuan beliau memperkenalkan slogan ini adalah bertujuan
untuk mengubah stigma masyarakat petani terdahulu yang hanya mengutamakan pengeluaran hasil pertanian bagi
tujuan memenuhi keperluan hidup sahaja dan apabila terdapat lebihan hasil
sahaja yang mereka akan mula menjualnya kepada orang ramai (YB Datuk Seri Noh
Omar, 2011).
Sektor pertanian di Malaysia memberi sumbangan sebanyak
9.2 peratus daripada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara pada tahun 2014
(Profesor Dr. Ab
Rahim
Bakar, 2016). Selaras dengan saranan kerajaan, Kementerian Industri dan Asas
Tani melalui beberapa badan dan program turut menyediakan khidmat bantuan
kewangan dan khidmat nasihat bagi para petani yang ingin mengembangkan
perniagaan mereka ataupun bagi mereka yang ingin bermula sebagai usahawan di
dalam sektor pertanian.
Sektor pertanian merupakan nadi negara memandangkan ianya
merupakan industri yang mengeluarkan sumber-sumber makanan kepada manusia. Jika
industri pertanian dipandang enteng oleh masyarakat, ianya akan merugikan semua
pihak dimana ia akan mengganngu pembekalan sumber makanan kepada manusia jika
semuaa pihak tidak ingin mengusahakannya. Negara-negara maju seperti di Amerika
Syarikat, Australia dan Jepun amat menitiberatkan sektor pertanian kerana
denngan sektor pertanian, mereka boleh memperoleh keuntungan yang tinggi dengan
mengeksport produk-produk mereka ke luar negara.
Menurut
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, (2016) kerajaan menganggarkan jumlah rakyat
malaysia akan mempunyai pertambahan sebanyak 50juta penduduk berbanding 31juta
pada masa kini. Oleh yang demikian, lebih banyak bekalan makanan yang akan
diperlukan bagi menampung keperluan jumlah penduduk yang meningkat.
Sektor pertanian pada hari ini tidak terhad kepada
pengurusan ladang sahaja. Ianya memasuki fasa baharu selaras dengan kemajuan
teknologi yang ada dimana sektor pertanian juga merangkumi penghasilan biji
benih atau baka baru, memproses dan memasarkan hasil tani para petani berkenaan
(Profesor Dr. Ab
Rahim
Bakar, 2016). Kemajuan teknologi hari ini mampu memberi anjakan paradigma
kepada petani untuk mengubah teknik konvensional kepada teknik yang lebih moden
sekaligus dapat menghasilkan pengeluaran yang lebih banyak dan berkualiti.
Hari
ini, pihak kementerian dan kerajaan menerusi beberapa badan lain seperti FAMA
dan MARDI sangat komited dalam membantu para petani untuk menjadikan sektor ini
sebagai salah satu cabang keusahawanan. Agensi MARDI berfungsi untuk mencari
dan membuat kajian mengenai teknik-teknik dalam menghasilkan baka-baka sumber
petanian yang berkualiti manakala agensi FAMA bertanggungjawab untuk membantu
para petani memasarkan produk mereka dan bersaing dengan produk-produ sedia ada
yang telah kukuh dalam pasaran.
Sektor pertanian pada masa kini tidak lagi disasarkan
kepada penduduk luar Bandar malahan penduduk Bandar juga boleh menjadikan
sektor pertanian sebagai plihan kerjaya. Sektor pertanian juga mula mendapat
tempat sebagai antara pilihan kursus yang ditawarkan di university-universiti
tempatan terutamanya Universiti Putra Malaysia (UPM) yang secara amnya
mengkhususkan dalam bidang Agro Pertanian di mana bidang ini memang menyasarkan
untuk mengkomersialkan hasil pertanian.
Kepentingan
Bidang Pertanian
1.
Membantu
Pertumbuhan Ekonomi
Pada masa dahulu, sektor
pertanian tidak di anggap sebagai pilihan kerjaya dan sering di pandang rendah
oleh masyarakat disebabkan sektor ini pada mulanya hanya berfungsi untuk
memenuhi keperluan hidupan sesebuah keluarga sahaja. Sebagai contoh, setiap
keluarga mempunyai kebun untuk bercucuk tanam dan digunakan untuk keperluan
makanan keluarga berkenaan sahaja. Namun, kerajaan telah melihat bahawa sektor
pertanian mempunyai potensi yang besar dan akan membawa manfaat kepada seluruh
rakyat Malaysia jika sektor ini dimajukan.
Stigma masyarakat yang menganggap hanya
penduduk luar Bandar yang berpendapatan rendah sahaja akan mengusahakan sektor
pertanian kini tidak lagi relevan kerana sektor pertanian juga dapat membantu
merapatkan jurang sosial ekonomi dalam masyarakat. Ini bererti sektor pertanian
juga mampu menghasikan pendapatan lumayan setanding dengan kerjaya Kolar Putih
yang ada. Banci Ekonomi Pertanian menunjukkan nilai pengeluaran kasar bagi
sektor pertanian untuk tahun 2010 adalah sebanyak RM53,452.1 juta. Ianya boleh
dipecahkan mengikut subseckor yang memberi sumbangan terbesar adalah subsector
tanaman iaitu sebanyak RM37,275.6 juta, kemudian pembalakan & pembalakan
sebanyak RM RM8,111.0 juta, ternakan (RM6,591.5 juta) dan perikanan (RM1,474.1
juta).
2.
Membuka
Peluang Pekerjaan Kepada Penduduk Setempat
Hari ini dapat dilihat terdapat lambakan
graduan dan gologan yang tidak mempunyai pekerjaan. Dengan kemajuan sektor ini,
dapat memberi dan membuka peluang kepada golongan-golongan ini untuk
mendapatkan pekerjaan sekaligus boleh mambantu meningkatkan ekonomi negara
dengan kadar pengurangan kadar pengangguran di negara ini.Menurut bancian pada
tahun 2010 juga, tenaga kerja untuk sektor pertanian dianggarkan sebanyak 390,
708 orang. Dengan pembukaan peluang
pekerjaan yang lebih banyak kepada golongan ini, dapat menarik minat mereka yg
mungkin kebanyakannya sebelum ini berfikir bahawa sektor ini hanya untuk
golongan bawahan dan luar Bandar sahaja. Apabila mereka mula nampak kejayaan
dan potensi sektor ini maka mereka akan llebih berminat untuk mempelajari dan
mendalami ilmu pertanian dan seterusnya menarik minat mereka untuk menjadikan
bidang ini sebagai satu pilihan kerjaya atau usahawan.
Seperti yang di maklumkan
oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani, jumlah penduduk Malaysia dianggarkan akan
meningkat sebanyak 50juta penduduk pada tahun 2050. Ini akan menyebabkan
keperluan makanan juga semakin bertambah. Hari ini, kita masih lagi bergantung
kepada hasil import pertanian dari negara luar untuk membekalkan sumber makanan
kepada penduduk di Malaysia. Hasrat Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan
kepada sumber yang diimport dan Malaysia sendiri mampu menghasilkan dan
menyediakan sumber keperluan makanan sendiri tanpa perlu terlalu bergantung
kepada luar.
Hal ini
kerana, jika negara luar mempunyai krisis terhadap pengeluaran bahan tersebut,
secara tidak langsung ianya akan menjejaskan sumber keperluan makanan di
Malaysia. Sebagai contoh, pada tahun 2008, negara pernah digemparkan dengan isu
krisis bekalan beras dimana ketika itu bekalan beras untuk keperlua penduduk
tidak pencukupi. Pada ketika itu, Malaysia masih lagi bergantung kepada bekalan
import sebanyak 30 hingga 35 peratus bagi memenuhi keperluan penduduk manakala
Thailand adalah pengimport terbesar beras ke Malaysia. Hal ini telah
menyebabkan kerajaan mengambil langkah meningkatkan pelaburan dalam sektor ini
bagi mencapai sasaran tahap sara diri 100 peratus bagi industry beras.
Potensi
Bidang Pertanian
Kini
dan seterusnya pada masa-masa akan datang, pertanian merupakan salah satu
keperluan dan industry penting kepada negara Malaysia. Memandangkan potensi
pasaran pertanian pada masa hadapan bukan terhad di Malaysia sahaja, tetapi
juga kepada pasaran gloabal. Oleh yang demikian, aktiviti berasaskan pertanian
akan menjadi satu prospek yang amat besar untuk diusahakan pada masa sekarang
dan menjadi pelaburan yang baik untuk jangka masa panjang.
Pembangunan
ekonomi negara tidak boleh bergantung hanya pada sektor pembuatan dan
perkhidmatan sahaja. Pembangunan sektor pertanian perlulah sejajar dengan
sektor yang lain. Hal ini kerana, dengan pembangunan sektor pertanian dan
produk hasil pertanian boleh meningkatkan hasil dan inovasi kepada sektor pembuatan
dan perkhidmatan. Sebagai contoh, hasil pertanian seperti ubi kayu boleh
diproses dan diprodukkan menjadi satu produk makanan berasaskan ubi kayu yang
boleh bersaing dengan jenama-jenama makanan yang sedia kukuh sekali gus dapat
mempromosi produk tempatan kepada orang ramai. Malahan masa kini, terdapat
lambakan menu-menu unik seperti durian crepe yang berasaskan sumber makanan
tempatan yang mula mendapat tempat dikalangan anak muda untuk mempromosikan
hasil tempatan.
Malaysia
pada masa ini masih lagi bergantung kepada import makanan daripada luar, dan
ini menyebabkan aliran kewangan terpaksa di alirkan keluar supaya dapat memenuhi
keperluan penduduk. Dengan keluasan tanah yang boleh diusahakan untuk pertanian
dan juga iklim Khatulistiwa yang sangat sesuai untuk membangunkan sektor
pertanian, Malaysia sebenarnya mampu menghasilkan produk-produk pertanian dan
boleh dieksport ke luar negara. Terdapat banyak kawasan berpotensi bagi
dijadikan kawasan pertanian seragam atau secara komersial terutama di kawasan
Johor dan Pahang.
Keperluan
bahan mentah untuk digunakan bagi menampung keperluan industri kecil dan sederhana(IKS)
adalah satu perkara yang perlu di ambil serius pada masa kini. Ini kerana, IKS
ini merupakan mereka-mereka yang menghasilkan produk daripada sumber bahan
mentah pertanian seterusnya mempromosi dan menjual produk kepada orang ramai.
Ini merupakan satu potensi yang sangat besar kepada sektor pertanian kerana
jika produk-produk IKS ini mendapat sambutan, maka bahan mentah dari sumber pertanian
juga akan mendapat permintaan yang tinggi seterusnya memberi pulangan yang
besar kepadan petan
Sebagai
contoh, semasa satu-satu musim perayaan, sebanyak 300tan produk seperti kerepek
ubi dan kerepek pisang diperlukan bagi menampung permintaan pasaran. Permintaan
pasaran selalunya meningkat dengan begitu tinggi pada musim perayaan dan buat
masa sekarang pengeluaran yang ada tidak mampu untuk menyediakannya. Kewujudan
pegusaha-pengusaha makanan yang menggunakan produk pertanian sebagai asas
perniagaan dapat membantu kerajaan Malaysia memajukan industri pengeluaran
makanan dan menjadikannya satu industri yang mempunyai daya saing yang tinggi
sehingga ke peringkat antarabangsa.
Hal ini akan membantu untuk menaikkan
nama negara Malaysia dalam industri makanan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Penembusan produk sehingga ke peringkat
antarabangsa merupakan matlamat kebanyakan syarikat pengusaha makanan di dalam
IKS ini. Walaupun perniagaan pertanian untuk tujuan komersial memerlukan modal
yang besar dan tinggi, namun dengan adanya pengurusan dan ilmu yang betul akan
dapat membantu perniagaan untuk membangun dan mencapai keuntungan yang besar.
Cabaran
Bidang Perniagaan Berasaskan Pertanian
1. Tanah
Rafiqah
Mat, & Aziz Abdul Majid, (2015) menyatakan bahawa sektor pertanian
menghadapi cabaran dan halangan dengan kekurangan tanah atau keluasan yang
tidak mencukup bagi membangunkan kawasan pertanian yang luas akibat daripada
pembangunan terutama bagi kawasan bandar. Kesesuaian tanah untuk pertnian
penting bagi menentukan jenis tanaman yang akan ditanam bagi kawasan berkenaan.
Bagi menjamin kelestarian pertumbuhan ekonomi dan sosial, pengagihan tanah
haruslah dibuat mengikut keutamaan. Kekurangan kawasan tanah akan memberi kesan
kepada kemerosotan jumlah output pertanian yang dapat dihasilkan.
2. Modal
Modal
juga memainkan peranan sebagai salah satu input penting didalam semua ekonomi.
Sektor pertanian dan perniagaan berasaskna pertanian juga tidak terkecuali
untuk memerlukan modal bagi menampung kos-kos operasi dan pengeluaran. Ramai
pengusaha menghadapi kekangan kewangan untuk membeli alatan bagi memudahkan dan
mempercepatkan pengeluaran dan juga perkakas lain. Antara yang penyebab utama
masalah modal ini adalah pengusaha kekurangan kemudahan kredit dan input dimana
kebanyakan bank konvensional sukar untuk memberikan pinjaman kepada petani dan
pengusaha kerana risiko tidak mempunyai pendapatan tetap dan baru hendak
bermula dalam perniagaan. Pengeluaran pertanian dan juga produk berasaskan
pertanian dapat dimajukan dan ditingkatkan sekiranya wujud kemudahan kredit dan
penggunaan input pertanian yang dirancang dengan baik dari segi penghantaran
dan penggunaannya (Rafiqah Mat & Aziz Abdul Majid, 2015).
3. Teknologi, Tenaga Kerja dan Ilmu
Laman
Web Rasmi Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia ada menyebut bahawa
ketiadaan teknologi terkini dan kepakaran sokongan dalam bidang pertanian
merupakan antara cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi oleh golongan
petani dan pengusaha. Selain itu, kekurangan pekerja yang berminat untk
menyerati sektor pertanin ini membuatkan pengeluaran untuk dihasilkan terhad.
Selain itu, para petani dan pengusaha juga tidak mempunyai ilmu yang cukup
untuk mengetahui cara dan mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan hasil
produk dan pengeluaran mereka. Kurangnya pendedahan terhadap sektor pertanian
kepada golongan belia juga menjadikan kurangnya minat dan penglibatan mereka
kepada pertanian.
4. Penyakit Tanaman
Rafiqah
Mat dan Aziz Abdul Majid, (2015) juga ada menyatakan bahawa penyakit tanaman
juga telah dikenalpasti sebagai faktor yang menjadi halangan dan cabaran bagi
sektor pertanian. Penyakit tanaman ini merupakan musuh kepada petani kerana
jika ianya berlaku, ia boleh merebak kepada skala yang besar hingga boleh
memusnahkan kesemua hasil tanaman dan ini akan menyebabkan hasil pengeluaran
terjejas.
Sokongan
dan Bantuan Kerajaan
Kerajaan Malaysia komited dalam membantu golongan petani
agar dapat bersaing dengan pekerja-pekerja sektor lain. Selain itu, sektor
pertanian juga merupakan antara nadi penggereak ekonomi negara dan berpotensi
untuk menjadi tunjang ekonomi negara. Terdapat beberapa strategi yang diguna
pakai oleh pihak kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Asas Tani dalam menjalankan
program-program untuk membantu petani dan pengusaha produk makanan berasaskan
pertanian agar dapat memasuki pasaran. Antara strategi kerajaan dalam
menjayakan hasrat untuk melihat pertanian dijadikan salah satu cabang
perniagaan akan dihuraikan lebih lanjut dibawah.
1. Pemberian Subsidi dan Insentif
Para
petani dan pegusaha produk makanan berasaskan hasil pertanian terutamanya yang
berada di dalam industry Kecil dan sederhana mendapat bantuan daripada kerajaan
dengan diberkan suntikan modal beserta khdmat nasihat daripada jabatan yang
berkaitan seperti. Peruntukan sejumlah lebih dari RM30juta telah disediakan
oleh kerajaan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang meliputi
penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan
pembekalan benih berkualiti, penstabilan harga melalui jualan terus dari
ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan
pertanian. Selain itu juga, bertujuan untuk mengurangkan kos pengeluaran,
sejumlah RM2.4bilion telah diperuntukkan untuk diberikan kepada golongan dalam
sektor pertanian.
Kerajaan
menggalakkan para usahawan dan petani untuk menggunakan amalam agronomi yang
baru secara optimum, menguruskan ladang secara moden, dan menggunakan jentera
serta teknologi moden serta mengamalkan juga pendekatan Amalan Pertanian Baik
seperti mana yang disarankan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Ianya bertujuan
untuk memastikan walaupun para petani dan usahawan mahukan keuntungan yang
tinggi, namun merekaa haarus juga memastikan hasil produk keluaran mereka
mempunyai kualiti yang baik dan selamat untuk dimakan.
3. Dasar Agro Makanan Negara (DAN)
Dasar
Agro Makanan Negara ini telah diperkenalkan pada tahun 2011 bagi tempoh 10
tahun iaitu sehingga 2020 bagi menggantikan Dasar Pertanian
Negara
yang memberi tumpuan khas kepada pembangunan komoditi makanan yang cenderung
kepada jaminan bekalan makanan dapat dicapai serta meningkatkan aktiviti pemprosesan
dan pendapatan eksport pertanian bernilai tinggi (Rujukan www.fama.gov.my). Antara bidang yang
menjadi tumpuan dan matlamat khusus DAN adalah untuk mengembangkan industry
ternakan, memodenkan industry perikanan, mengukuhkan industry padi dan beras
serta mempromosi agro pelancongan. Selain itu, beberapa pameran pertanian besar
juga adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk mempromos produk pertanian dan
produk hasil sumber pertanian. Contoh pameran yang telah mula mendapat tumpuan
orang ramai adalah Pameran Pertanian dan Agro Pelancongan (MAHA) yang merupakan
salah satu program dan acara wajib diadakan setiaap tahun.
Kesimpulan
Di negara maju seperti Australia dan Amerika Syarikat
serta negara maju lain, golongan petani mereka merupakan golongan yang
dipandang tinggi. Ini kerana mereka tergolong dalam golongan yang kaya raya
disebabkan hasil pertanian mereka yang baanyak dan mempunyai ladang yang
luas. Situasi ini sebenarnya boleh
berlaku dan dijadikan contoh di negara kita. Negara kita Malaysia mempunyai
tanah yang subur, beriklim yang sesuai dan bebas daripada bencana alam atau
keadaan huru-hara yang boleh memusnahkan sebarang kegiatan ekonomi.
Untuk
memastikan industri pertanian yang dijalankan memberi keuntungan, pengusaha dan
petani perlulah mengubah cara pemikiran, tindakan dan bersedia untuk membuat
keputusan sebagai seorang usahawan.
Setiap transaksi yang dijalankan haru direkod supaya mereka dapat
memastikan dan merancang keuntungan dan juga merancang hala tuju industry
pertanian yang dijalankan. Trend pasaran, risiko dalam bidang pertanian,
keadaan persekitaran, cuaca dan lain-lain yang berkaitan dengan faktor
pengeluaran perlu sentiasa diberikan perhatian.
Melalui
strategi-strategi yang telah disusun oleh kerajaan demi untuk membantu
masyarakat tani di Malaysia, ‘Pertanian adalah perniagaan’ sudah pasti akan
dapat dilaksanakan sekiranya kita sama-sama mencari jalan untuk memperhebatkan
bidang pertanian dengan cara menjadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan
kita.
References
1.
YB Datuk Seri Noh Omar. (2011). Majlis
Pelancaran Agro-Xplorasi. Sri Pentas, Bandar Utama: Teks Ucapan, http://www.moa.gov.my/documents/10157/c360d620-a73f-458c-9341-0e026daa934b
2.
Profesor Dr. Ab
Rahim Bakar. (2016, Jun 18). Melahirkan Generasi Cintakan
Pertanian. Utusan Online. Retrieved from http://www.utusan.com.my
3.
(2016, September 07), Ramai belia sertai
sektor pertanian. Utusan Online. Retrieved from http://www.utusan.com.my
6.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertanian_di_Malaysia
7.
Rafiqah Mat & Aziz Abdul Majid (2015).
International Journal of Environment, Society and Space, 2015, 3(1), 44-56.